Entri Populer

Produk awal kimia muslim

Sabun
Sabun merupakan bahan yang amat diperlukan oleh manusia. Sabun dibuat dengan merebus lemak binatang atau sayuran dengan al-qali (soda atau potash) dan kapur. Tarikh dan tempat proses pembuatan sabun ditemui tidak diketahui dengan jelas akan tetapi kebanyakan ahli sejarah Barat mencadangkan tarikh ini tidak lewat daripada kurun keempat Masehi (Derry dan Williams, 1960). 



Pendapat ini bercanggah dengan pendapat al-Hassan, seorang ahli sejarah teknologi Islam bahawa sabun mula dibuat di Tanah Islam pada kurun keenam/ketujuh masehi dan teknologi ini disebarkan di Eropah kemudian (al-Hassan dan Hill, 1986).
 
Kaca dan Seramik
Jabir bin Hayyan telah memperbaiki proses pembuatan kaca dengan menambah garam magnesium kepada campuran bahan mentah kaca supaya warna kemerahan dinyahkan sehingga kaca menjadi jernih. Ahli teknologi kimia Islam di Baghdad telah memperkenalkan licauan yang berasaskan garam timah untuk menghasilkan tembikar yang setanding kualitinya dengan tembikar Dinasti Tang (al-Hassan dan Hill, 1986).

Ubat Bedil
Perkembangan ubat bedil (gunpowder) dan naft oleh orang Islam merupakan salah satu pencapaian teknologi kimia Islam yang amat penting kerana pencapaian ini telah memberikan kepada tentera Islam ketinggian teknologi perang yang menyebabkan kemenangan di Ghazwah al-Mansurah melawan tentera Salib pada abad ketiga-belas Masehi (1249) dan Ghazwah `Ain Jalut menentang tentera Mongol pada abad yang sama (1260).

Kebanyakan ahli sejarah teknologi Barat bersetuju bahawa ubat bedil ini dicipta pada sekitar abad keempat-belas berasaskan kepada laporan penggunaan pertama meriam dalam peperangan di Crecy dan Calais pada tahun 1346 Masehi, seabad selepas penggunaannya dilaporkan di kedua-dua peperangan ini (al-Hassan dan Hill, 1986)! 

Barud telah disebut oleh al-Jawbari dalam Kitab Kashf al-Asrar pada tahun 1225 Masehi. Kaedah menyediakan barud yang tulen telah diperihalkan dengan lengkap oleh al-Hassan al-Rammah dalam Kitab al-Furusiyya bi Rasm al-Jihad pada tahun 1294 
Masehi. 

Karya ini mengandungi 70 resipi ubat bedil. Ubat bedil lazimnya terdiri daripada barud (saltpetre atau nitre), arang dan belerang (sulfur). FarmasiAl-Razi dan al-Zahrawi merupakan dua ahli teknologi kimia yang juga ahli perubatan. Mereka mempelopori bidang iatrokimia atau kimia untuk perubatan. 

Al-Razi menyenaraikan proses-proses kimia untuk menghasilkan berbagai-bagai ubat-ubatan dalam bukunya Kitab al-Hawi dan al-Zahrawi juga terkenal dengan Kitab al-Tasrifnya (Nasr 1976). Iatrokimia merupakan asas kepada kimia farmasi moden.

Artikel Yang Berhubungan



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

chemist book